Sunday, July 4, 2010

Cerita P . Ramlee

Saya gemar menonton cerita - cerita lama arahan P . Ramlee . Ceritanya semua penuh dengan lawak dan jenaka dan ada juga moral disebalik cerita itu . Saya suka cerita Bujang Lapok kerana ceritanya sangat lucu ! Tidak berhenti saya ketawa . Jika P . Ramlee masih hidup , dia mesti membuat cerita yang lebih lucu .

Wednesday, June 30, 2010

Pendapat .

Saya membuat pantun mengenai mempelihara binatang kerana guru saya yang mengajar subjek Sains, selalu berkata bahawa banyak binatang yang hampir pupus kerana diburu . Gajah , Harimau , Ikan Yu dan banyak lagi . Saya juga lihat banyak kucing liar di bawah kolong blok , kasihan saya melihat mereka kelaparan dan ramai budak kecil suka mendera binatang . Saya suka binatang ! Saya ingin pelihara seekor kucing tetapi nenek saya tidak membenarkanya . Saya cuma memberi makanan untuk kucing - kucing itu makan .

Tuesday, June 29, 2010

Peliharalah Binatang

Itik berenang , cengkerik berbunyi
Tikus bersembunyi , kucing pula mencari ,
Pemburu datang binatang pun lari
Peliharalah binatang di bumi ini .